MY WORLD

MY WORLD

Sunday, 29 December 2013

PUISI UNTUK"IBU KU"

Maafkan saya" ibu"

suratan mu tuhan,atas takdir mu ibu,
yang mengandungkan ku untuk sembilan bulan
yang melahirkan ku dengan penuh derita
nyawa mu di pertaruhkan,
untuk aku yang lemah dan tidak berdaya

Maaf ibu,
bila cuma tangis yang bisa ku berikan untuk mu
saat pertama kali kau lihatkan aku di dunia untuk,
pertama kalinya..
Maaf ibu,
bila kau mesti terbangun di kegelapan malam,
gara aku yang merengek kehausan

Maafkan saya ibu,
anak mu ini yang cuma dapat mengadu serta meminta
serta kau senantiasa berikan tanpa menginginkan imbalan jasa

Tuhan, dosakah diriku ini,
yang sentiasa mnyusahkan ibu
wanita bijaksana yang membesarkan aku,
Mengajarku perihal kehidupan di dunia
Serta ibu ku yang selalu menjaga aku tanpa lelah
serta takkan menyerah..

IBU KU SAYANG,

Cinta mu bagaikan sinar yang menerangi
tiap_tiap kegelapan di dunia fana ini
kehadiran mu ,demikian bernilai
Bererti serta bermakna

ibu ku yang cantik,
tiada hari yang ku jalani
tanpa sedetik lalu tidak mengingatimu
teringat akan segala pengorbananmu
yang tidak penat merawatku,
yang tidak putus menasihati ku
serta tidak henti menyayangi ku sepanjang usia mu,

Terima kasih ibu
telah menghiasi kehidupanku di dunia fana ini,
dengan senyumanmu yang menguatkan semangat ku

Terima kasih ibu,
kerana sudah menjaga aku sehingga kini,

Terima kasih ibu,
kerana kau sentiasa ada untuk anakmu,

Ibu ku yang baik,
maafkan aku jika aku ada melukai perasaan mu
maafkan aku jika aku ada mengecewakan mu ibu,
maafkan anak mu ini ibu,

ibu..
sinar cintamu akan sentiasa menerangi hidupku,
sampai aku mati,
serta cintamu akan terus bercahaya di hati,
kekal serta abadi

P?S-Sayangilah ibu anda, hargai mereka, jangan derhaka pada ibu..

Friday, 20 December 2013

Aku INSAN LEMAH

ya Allah, begitu berat dugaan yang kau beri pada aku.., kesabaran ku menjadi taruhan.. hati ini seperti tidak sanggup menanggung kelukaan kerana cinta manusia..kadang2 aku terpikir kerana apa aku dilahirkan di dunia.. tetapi bila aku melihat wajah ibu dan ayah ku.. hati aku jadi sayu.. mungkin tanggung jawab aku adalah untuk menjaga mereka..tapi mampukah aku? kuharapkan semangat yang ada dalam diri ini akan sentiasa cekal dan tabah menghadapi dugaan dunia..banyak kegagalan percintaan yang aku alami,sehingga ada satu masa aku merasa hilang arah.. tapi ku gagah jua diri ini.. walaupun pahit.. harus ku telan..

12 haribulan 12 tahun 2013 harini,, pada pukul 4.28
malam ni aku merasa sedih,perasaan ku bercampur baur..pada siapa mahu aku luahkan sedangkan aku sendiri tidak tahu apa yang aku fikirkan...tiba2 terlintas kisah percintaan pertama aku.. waktu indah sangat,aku setia,bahagia tetapi mungkin bukan jodoh ku..aku redha,

sekarang aku masih mencari cinta yang tepat untuk aku,yang boleh menerima aku seadanya,yang tidak berpura-pura,yang boleh membimbing aku,yang boleh menjaga aku hingga akhir tua ku nanti..^_^

HARAPAN DAN DOA KU SEMOGA KAU BAHAGIA,

Monday, 16 December 2013

SALINA NASI AYAM

OK genk..saya memang suka melancong dalam  negeri ini.. dan sambil saya menjelajah negeri-negeri dalam malaysia ni, sempat juga singgah di negeri kelahiran saya iaitu,BATU PAHAT JOHOR..
apa yang ada kat batu pahat ni? meh  cik shida nak bagitahu yang kat johor ni ada satu gerai nasi ayam yang sedap,memang sedap sampai semua golongan tak kira cina atau india datang kat gerai ni nak rasa nasi ayam dia,,ada yang sanggup datang dari jauh untuk merasa nasi ayam ini,, ini gambar kedai dia
gambar ini diambil pada waktu siang 
kedai ini terletak di hadapan jalan baru yang menuju ke kluang..jadi kedai ini senang dicari
terlihat jalan baru yang menuju ke kluang..kedai ini betul ada di tepi jalan tersebut
selain nasi ayam .. ada berita baik untuk penggemar sup GEARBOX..sup di salina nasi ayam memang terbaik.. dan murah semangkuk hanya berharga rm 5.00 dan sangat menyegarkan.. bila bercakap tentang sup.. tak ramai yang tahu yang sebenarnya sup ini baik untuk kesihatan,
ini dia sup gear box yang di maksudkan..memang sedap,
tahun kedai ini ditubuhkan adalah pada 1996 dan sampai sekarang kedai ini masih utuh.. diuruskan oleh dua orang tukang masak yang bersahabat baik iaitu uji dan ina,, mereka minta supaya wajah mereka dirahsiakan..kedai ini tidaklah begitu ekslusif tapi hanyalah warong biasa.. bila ditanya kenapa mereka tidak mahu jadikan kedai mereka seperti restoran lain.. jawapannya adalah kalau nampak terlalu mewah nanti orang akan ingat yang makanan disini mahal,, yang penting bagi mereka adalah mereka mampu masak makanan yang sedap dan hati mereka akan puas jika orang gembira makan di kedai mereka..dan akan ingat hingga ke anak cucu..

yang mahu pergi ke kedai yang saya ceritakan ini boleh pergi ke alamat tetera

GERAI MAJLIS KEDAI NO 7/8 KM 7 BATU LIMA JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT JOHOR SALINA NASI AYAM

Jangan lupa datang and try sendiri,, memang sedap dan murah

Thursday, 5 December 2013

Encik mimpi_RINDUKANLAH lyrics

Ku benar benar sayang
pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Dan ku berkelana mencari
Harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria
Hingga tenggelam

Dan ku ingin cinta sejati mu
Dan ku ingin harapan hatimu
OHH janganlah engkau bersedih
OHH ikhlas ikhlaskanlah.. hatimu..

Rindu rindukanlah dirimu
Sepanjang hari hari mu
Sayangku
KU adalah milikmu
Sayangku
KU adalah milikmu yang kau rindu

doa doa kanlah diriku didalam hatimu
Di dalam nafas mu
Sepanjang hari hari mu

p's= saya suka lagu ni sangat~thumbs up ok