MY WORLD

MY WORLD

Tuesday 11 March 2014

#PRAY_FOR_MH370


Let all of us pray for people in MH370..

WE HOPE THEY STILL THERE..WAITING FOR US TO SAVE THEM,,

Kepada pihak2 yang tidak bertanggung jawab,, sila jangan buat spekulasi sendiri atau andaian yang tidak munasabah tentang MH370 kerana ia akan menjejaskan emosi keluarga penumpang dan anak kapal,,

kepada semua,
jangan lah berputus doa untuk mereka yang mungkin masih ada dalam pesawat tersebut,,

Al_fatihah..

Sunday 29 December 2013

PUISI UNTUK"IBU KU"

Maafkan saya" ibu"

suratan mu tuhan,atas takdir mu ibu,
yang mengandungkan ku untuk sembilan bulan
yang melahirkan ku dengan penuh derita
nyawa mu di pertaruhkan,
untuk aku yang lemah dan tidak berdaya

Maaf ibu,
bila cuma tangis yang bisa ku berikan untuk mu
saat pertama kali kau lihatkan aku di dunia untuk,
pertama kalinya..
Maaf ibu,
bila kau mesti terbangun di kegelapan malam,
gara aku yang merengek kehausan

Maafkan saya ibu,
anak mu ini yang cuma dapat mengadu serta meminta
serta kau senantiasa berikan tanpa menginginkan imbalan jasa

Tuhan, dosakah diriku ini,
yang sentiasa mnyusahkan ibu
wanita bijaksana yang membesarkan aku,
Mengajarku perihal kehidupan di dunia
Serta ibu ku yang selalu menjaga aku tanpa lelah
serta takkan menyerah..

IBU KU SAYANG,

Cinta mu bagaikan sinar yang menerangi
tiap_tiap kegelapan di dunia fana ini
kehadiran mu ,demikian bernilai
Bererti serta bermakna

ibu ku yang cantik,
tiada hari yang ku jalani
tanpa sedetik lalu tidak mengingatimu
teringat akan segala pengorbananmu
yang tidak penat merawatku,
yang tidak putus menasihati ku
serta tidak henti menyayangi ku sepanjang usia mu,

Terima kasih ibu
telah menghiasi kehidupanku di dunia fana ini,
dengan senyumanmu yang menguatkan semangat ku

Terima kasih ibu,
kerana sudah menjaga aku sehingga kini,

Terima kasih ibu,
kerana kau sentiasa ada untuk anakmu,

Ibu ku yang baik,
maafkan aku jika aku ada melukai perasaan mu
maafkan aku jika aku ada mengecewakan mu ibu,
maafkan anak mu ini ibu,

ibu..
sinar cintamu akan sentiasa menerangi hidupku,
sampai aku mati,
serta cintamu akan terus bercahaya di hati,
kekal serta abadi

P?S-Sayangilah ibu anda, hargai mereka, jangan derhaka pada ibu..

Friday 20 December 2013

Aku INSAN LEMAH

ya Allah, begitu berat dugaan yang kau beri pada aku.., kesabaran ku menjadi taruhan.. hati ini seperti tidak sanggup menanggung kelukaan kerana cinta manusia..kadang2 aku terpikir kerana apa aku dilahirkan di dunia.. tetapi bila aku melihat wajah ibu dan ayah ku.. hati aku jadi sayu.. mungkin tanggung jawab aku adalah untuk menjaga mereka..tapi mampukah aku? kuharapkan semangat yang ada dalam diri ini akan sentiasa cekal dan tabah menghadapi dugaan dunia..banyak kegagalan percintaan yang aku alami,sehingga ada satu masa aku merasa hilang arah.. tapi ku gagah jua diri ini.. walaupun pahit.. harus ku telan..

12 haribulan 12 tahun 2013 harini,, pada pukul 4.28
malam ni aku merasa sedih,perasaan ku bercampur baur..pada siapa mahu aku luahkan sedangkan aku sendiri tidak tahu apa yang aku fikirkan...tiba2 terlintas kisah percintaan pertama aku.. waktu indah sangat,aku setia,bahagia tetapi mungkin bukan jodoh ku..aku redha,

sekarang aku masih mencari cinta yang tepat untuk aku,yang boleh menerima aku seadanya,yang tidak berpura-pura,yang boleh membimbing aku,yang boleh menjaga aku hingga akhir tua ku nanti..^_^

HARAPAN DAN DOA KU SEMOGA KAU BAHAGIA,

Monday 16 December 2013

SALINA NASI AYAM

OK genk..saya memang suka melancong dalam  negeri ini.. dan sambil saya menjelajah negeri-negeri dalam malaysia ni, sempat juga singgah di negeri kelahiran saya iaitu,BATU PAHAT JOHOR..
apa yang ada kat batu pahat ni? meh  cik shida nak bagitahu yang kat johor ni ada satu gerai nasi ayam yang sedap,memang sedap sampai semua golongan tak kira cina atau india datang kat gerai ni nak rasa nasi ayam dia,,ada yang sanggup datang dari jauh untuk merasa nasi ayam ini,, ini gambar kedai dia
gambar ini diambil pada waktu siang 
kedai ini terletak di hadapan jalan baru yang menuju ke kluang..jadi kedai ini senang dicari
terlihat jalan baru yang menuju ke kluang..kedai ini betul ada di tepi jalan tersebut
selain nasi ayam .. ada berita baik untuk penggemar sup GEARBOX..sup di salina nasi ayam memang terbaik.. dan murah semangkuk hanya berharga rm 5.00 dan sangat menyegarkan.. bila bercakap tentang sup.. tak ramai yang tahu yang sebenarnya sup ini baik untuk kesihatan,
ini dia sup gear box yang di maksudkan..memang sedap,
tahun kedai ini ditubuhkan adalah pada 1996 dan sampai sekarang kedai ini masih utuh.. diuruskan oleh dua orang tukang masak yang bersahabat baik iaitu uji dan ina,, mereka minta supaya wajah mereka dirahsiakan..kedai ini tidaklah begitu ekslusif tapi hanyalah warong biasa.. bila ditanya kenapa mereka tidak mahu jadikan kedai mereka seperti restoran lain.. jawapannya adalah kalau nampak terlalu mewah nanti orang akan ingat yang makanan disini mahal,, yang penting bagi mereka adalah mereka mampu masak makanan yang sedap dan hati mereka akan puas jika orang gembira makan di kedai mereka..dan akan ingat hingga ke anak cucu..

yang mahu pergi ke kedai yang saya ceritakan ini boleh pergi ke alamat tetera

GERAI MAJLIS KEDAI NO 7/8 KM 7 BATU LIMA JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT JOHOR SALINA NASI AYAM

Jangan lupa datang and try sendiri,, memang sedap dan murah

Thursday 5 December 2013

Encik mimpi_RINDUKANLAH lyrics

Ku benar benar sayang
pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Dan ku berkelana mencari
Harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria
Hingga tenggelam

Dan ku ingin cinta sejati mu
Dan ku ingin harapan hatimu
OHH janganlah engkau bersedih
OHH ikhlas ikhlaskanlah.. hatimu..

Rindu rindukanlah dirimu
Sepanjang hari hari mu
Sayangku
KU adalah milikmu
Sayangku
KU adalah milikmu yang kau rindu

doa doa kanlah diriku didalam hatimu
Di dalam nafas mu
Sepanjang hari hari mu

p's= saya suka lagu ni sangat~thumbs up ok

Friday 8 November 2013

"SURAT UNTUK Ayah"

Ayah...

ku tahu akan perit jerihmu bekerja untuk mencari sesuap rezek iuntuk anak-anak dan isterimu dirumah,Setiap hari terbit sahaja mentari pagi,dikau memikirkan lauk apa yg perlu dibeli untuk anak-anak mu makan,
Setiap titik peluhmu yang menitis di tengah panas terik,melayan pelbagai kerenah manusia di tempat kerja mu,Tapi ayah tetap bersabar demi anak-anakmu,

Ayah,,

anakmu ini tahu akan semua penat lelah mu,tapi tidak sanggup untuk menatap wajah ayah,, bukan kerana malu, tapi anak mu ini takut tidak dapat menahan airmata yang mungkin jatuh jika memandang mu ayah,tidak dapat ku bayangkan jikalau aku terpaksa melihat ayah menutup mata untuk kali terakhir,, aku tidak sanggup ayah,
anakmu ini terlalu sayangkan ayah....

Ayah...

aku tahu aku bukan anak yang berjaya seperti anak-anak lain yang boleh dibanggakan,tetapi tidak sekalipun kau merungut akan kegagalanku.. malah kau hanya tersenyum dan memberi sokongan mengatakan hidup manusia sudah ditentukan Allah Swt,, tapi anakmu ini tahu jauh dilubuk hatimu ada sedikit kekecewaan..aku minta maaf ayah..


Ayah..

Anakmu ini tidak dapat menjanjikan kemewahan,tapi hanya mampu untuk berada disisi ayah tika ayah jatuh,Tapi ayah pandai menyembunyikan segala kesakitan dengan senyuman..walaupun begitu aku dapat mengagak dari Menungan jauhmu yang ayah punya masalah..

Ayah..

anakmu ini sungguh menyayangi ayah.. maafkan anakmu ini ayah..sungguh banyak dosaku pada mu.. tidak terkira jasa dan budi mu menguruskan keluarga ini..sungguh aku meminta maaf kerana tidak mendengar kata-kata mu ayah..sungguh aku minta maaf jika aku ada mengecawakanmu ayah~

Ayah..

jika dapat diberi pilihan anakmu ini akan mengganti nyawa hanya untukmu ayah,adik-adik dan ibu masih memerlukan ayah,, jika benar nyawa gantinya..dan aku harap,aku dapat menemani ayah hingga ke syurga,, begitu besar pengorbanan mu ayah,, 

Ayah.. anakmu ini sangat menyayangi ayah,, 
Terima kasih Allah .. kau titipkan seorang ayah untuk ku,, 
Terima kasih ayah kerana menjadi ,


Ayah ku...










Thursday 7 November 2013

Makcik bukan nak "JUAL ANAK"



Ada seorang" pemuda" bertanya berapa hantaran yg perlu kepada ibu teman wanitanya,,

pemuda= makcik berapa nilai hantaran yg makcik nak?? 
MAKCIK= acik tak minta banyak cuma 15 ribu je,,
pemuda=(naikkan kening memandang makcik tersebut) takleh murah lagi ker cik,, sebab saya pun bukan kerja gaji besar,,
MAKCIK=itu lah harga paling murah acik beri,,
pemuda= maaf la yer cik kalau saya kurang ajar,, tapi acik tengok anak acik yg tak bertudung,, pakai seksi,, dengan agamanya yg serba sedikit,, saya rasa patut dikurangkan hantaran yg setimpal,,
MAKCIK  Menunduk malu dan berkaca airmata ,, sejenak satu suara perlahan keluar dari mulut acik tersebut sambil memandang pemuda tersebut)'

acik tahu anak acik bukan seorang perempuan solehah,, bukan lah seorang perempuan yg elok mata org memandang,, tapi acik bersyukur ada org yg ingin kan anak makcik,, disetiap doa acik, acik harapkan ada yg mampu membimbing anak makcik menjadi isteri yg solehah,, acik tahu acik gagal untuk membentuk anak makcik,, walaupun puas acik memukulnya,, menasihatinya,,, 15 ribu bukan lah hal yg besar dibandingkan acik melahirkannya dengan susah payah,, menjaganya selama 21 tahun,dengan ketiadaan suami acik yg meninggal tika anak acik dilahirkan,,,acik bukan org senang,, wahai anak muda,, jika kau tidak sudi dengan harga yg acik berikan,, kau tetapkan lah harga yg kau mampu,, acik menurut sahaja,,

pemuda tersebut tersentak,, lalu berkata"makcik maafkan saya,, sebenarnya saya xtahu,, saya berjanji akan jaga anak makcik dan bimbing dia,, pasal harga 15 ribu tu,, sebenarnya saya mampu,,saya akan tambah lagi 10 ribu untuk perbelanjaan makcik,,

selepas pemuda tu pulang kerumah,,

MAKCIK= ALOLOLOLO BAIKNYA MENANTU AKU!!!! HAHHAHHAHA ,,